Search This Blog

Saturday, December 17, 2016

Mata Ketam

Mata Ketam 
Satu istilah yang hanya ada pada penanaman pokok tiin dimana ianya merujuk kepada PUTIK BUAH yang tumbuh dicelah antara ruas dengan tangkai daun tiin.  Setelah sekian lama menanam anak pokok tiin, inilah saat-saat yang sangat dinantikan oleh semua penanam pokok tiin. Ini merupakan saat yang menggembirakan mereka kerana ianya sebagai tanda yang pokok tiin mereka akan memberikan hasil atau sekurang-kurangnya tidak lama lagi mereka akan dapat menikmati buah tiin yang segar (fresh) hasil dari titik peluh sendiri.
Untuk pengetahuan tuan / puan sekelian bahawa menjadi satu standart bahawa mata ketam akan tumbuh pada setiap ruas (node) yang ada pada batang pokok tiin.  Ini piawaian biasa pada pokok tiin dan inilah yang dikehendaki dan dihajati oleh semua penanam pokok tiin. Dan menjadi kebiasaannya bahawa mata ketam ini selalunya akan bertunas pada ruas / batang baharu tumbuh.  Sekali sekala sahaja bergantung kepada veriati dan angkubah lain bahawa mata ketam akan tumbuh pada batang lama dan ianya digelar sebagai breba.

Dari pemerhatian saya juga, saya berpendapat bahawa semakin matang / panjang usia sesuatu pokok tiin, pokok tersebut akan menghasilkan buah yang semakin berkualiti dan berkuantiti.  Kematangan tersebut terhasil dari penyesuaian pokok terhadap budaya setempat.  Malah proses 'mutation' pokok tiin akan terus berlaku selaras dengan tumbesaran pokok tersebut dimana kita akan dapati terdapat kes bentuk buah yang dihasilkan oleh pokok yang sama adalah agak berlainan dari yang sebelumnya.  Moral of the story, mesti ada sepokok dua yang kita akan biarkan tanpa prunning dan kita biarkan dia membesar tanpa had.. dan lihat sendiri bagaimana rasanya, bentuk malah warna dlm buah juga adakalanya bertukar dan tidak sama dengan kebiasaannya.

No comments:

Post a Comment