Search This Blog

Tuesday, December 13, 2016

Boleh ke Pokok Tiin Hidup di Malaysia?

Boleh ke pokok tiin hidup kat negara kita ni.  Tak pernah dengar pun pokok tiin tumbuh kat sini.  Eh tu tepi sungai tu ada pokok tiin kemain besar lagi. Itulah beberapa persoalan dan pernyataan yang sering diajukan oleh masyarakat tentang pokok tiin di negara kita.  Pokok tiin (ficus carica) masih lagi baru dinegara kita.  Ianya dibawa masuk untuk tujuan penanaman di negara kita semenjak 10-15 tahun dahulu melalui usaha bebarapa individu yang membawa masuk pokok tiin dari Turki, Australia dan Thailand. 
Soalan-soalan diatas ditanya kerana pokok tiin adalah tumbuhan yang baharu diperkenalkan di negara kita. Bagaimana rupa, bentuk buah, daun dan batang pokok tiin yang segar masih lagi menjadi tanda tanya kepada kita. Tanggapan masyarakat secara umum bahawa pokok tiin hanya boleh tumbuh di negara yang mempunyai empat musim dan memerlukan proses pendebungaan (pollinate) melalui agen yang dikenali sebagai wasp mempunyai asas tersendiri yang perlu diberi jawapan.


Tambahan pula pokok tiin ini dikaitkan dengan unsur-unsur keagamaan telah menaikkan lagi keinginan kita untuk mengetahui adakah pokok tiin ini boleh ditanam dan boleh mendatangkan hasil di bumi bertuah ini. Sejak sekian lama, terutamanya apabila saudara mara kita berkunjung ke Mekah untuk menunaikan ibadah Haji, mereka akan membawa pulang buah tiin kering sebagai tandahati ingatan kepada saudara mara serta anak cucu di tanahair untuk dirasa. Selama ini kita hanya dapat menikmati dan didedahkan dengan buah tiin kering. Adalah sesuatu yang menakjubkan pada masa dan saat ini, rupanya kita juga dapat menikmati buah tiin segar (fresh) yang dipetik dari pokok yang ditanam dihalaman rumah.

Disebabkan oleh itulah kebanyakkan 
pembeli kali pertama pokok tiin tidak mengetahui bahawa pokok tiin (ficus carica) ini mempunyai beribu-ribu jenis (verieti) yang pelbagai warna dan bentuk serta harga yang berlainan antara satu sama lain.  Apa yang ada dalam fikiran mereka ketika membeli pokok tiin buat kali pertama ialah "aku nak beli pokok Tiin!" Perasaan ingin tahu dan ingin mencuba tanaman yang disebut secara khusus dalam Al Quran ini menambahkan lagi keinginan mereka untuk mencuba menanam pokok ini. Bagi mereka pokok Tiin ini satu jenis sahaja. Itulah pokok tiin pertama mereka.

Pokok tiin (ficus carica) (common fig) ini mempunyai seribu lebih jenis atau verieti.  Apa yang menakjubkan ialah ianya boleh tumbuh subur di negara kita tanya perlu kepada empat musim dan tanpa perlu kepada proses pendebungaan (self polinazation). Tidak perlu kepada serangga wasp untuk proses pendebungaan. Paling menarik ialah pokok tiin dinegara kita boleh tumbuh dan berbuah sepanjang tahun! Boleh berbuah lebat, mempunyai rasa lemak manis dan cair di dalam mulut! Boleh tanam didalam pasu pulak tu! Apatah lagi ditanam diatas tanah. Dan khasiatnya? MasyaAllah dari buah hingga ke daun memang banyak manfaat dan barokahnya. 

Hanya Allah SWT sahaja yang maha mengetahui kesemua kebaikan pohon yang disebut dalam Al Quran ini.


Bagaimana pula pokok tiin ditepi sungai itu? Dinegara kita secara semulajadinya terdapat pelbagai genus pokok ara (ficus) yang tumbuh liar.   Pokok ara (ficus) adalah dari keluarga pokok tiin juga. Ianya datang dari keluarga Moraceae. Secara umumnya terdapat 14 jenis pokok ara di negara kita diantaranya ialah ara sungai , ara telinga gajah dan ara mekah. Saya masih ingat buah ara sungai digunakan untuk memancing ikan sewaktu kecil dahulu. Oleh itu jangan para pembaca keliru antara pokok ara (ficus) dengan pokok tiin (ficus carica). Kedua-duanya datang dari satu keluarga tetapi berlainan genusnya.

Hanya pokok tiin jenis Ficus carica (common fig) sahaja yang boleh ditanam dan mendatangkan hasil dan sesuai dengan cuaca negara kita.  Pokok tiin jenis Ficus carica juga bersifat self polinazation yang tidak memerlukan proses pendebungaan. 
Oleh itu nasihat saya kepada mereka yang baru hendak mencebur diri dalam penanaman pokok tiin agar jangan keliru dengan jenis genus ficus yang lain seperti pokok ara.  Dan jangan juga terbeli pokok tiin yang memerlukan proses polinazation seperti jenis caprifig, san pedro dan smyrna yang memerlukan proses pendebungaan.

No comments:

Post a Comment